Wednesday, November 27, 2013

INFO SIHAT by ZYRA






ASID VS ALKALI 

Alkali dalam makanan banyak memberi manafaat untuk tubuh badan kita dan boleh memberi perlindugan untuk diri kita dari di serang oleh beberapa jenis penyakit kronik.

Asid dalam makanan pula bertindak berlawanan dengan alkali, di mana tubuh badan anda akan mudah terdedah dengan pelbagai risiko serangan penyakit seperti Kanser,Sakit Jantung dan Diabetes.

Menurut Pakar Pemakanan dan Perubatan seluruh dunia, mereka percaya bahawa punca kadar peningkatan kes Kanser ada hubung kait dengan faktor pemakanan yang tidak seimbang.

Jika kita lihat gaya pemakanan pada hari ini amat membimbangkan dan hampir 90 peratus daripada makanan kita adalah bersifat Asid yang mengandungi pelbagai bahan perisa, tinggi kandungan gula,sodium dan pengawet tiruan.

Hakikatnya, tubuh badan kita memerlukan hanya 20 peratus sahaja makanan berasid dan 80 peratus adalah beralkali.

Akibatnya, pada waktu ini kita boleh melihat kadar peningkatan penyakit Kanser,Diabetes dan Sakit Jantung yang saban hari semakin meningkat dan akan terus meningkat jika kita tidak mengubah faktor pemakanan kita.

Statistik WHO membuktikan bahawa pada tahun 2008, Kanser telah meragut 7.6 juta nyawa di seluruh dunia dan menjelang tahun 2030, dijangkakan peratusan itu akan meningkat kepada 12 juta kes. Malaysia pula menyaksikan setiap tahun seramai 45,000 rakyat negara ini menghidapi penyakit kanser dengan 3 daripada 4 pesakit kanser gagal diselamatkan.

Jangan jadikan diri kita sebahagian daripada statistik tersebut. Kita mampu untuk menghindarinya dengan memakan makanan yang berkhasiat dan menjalani gaya hidup yang sihat.

Kesimpulannya di sini, makanan beralkali yang terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran adalah makanan yang banyak memberi faedah kepada tubuh badan kita.

ZYRA - Sihat Sepanjang Masa.






KALORI Dan ANDA

Kajian menunjukkan purata rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas mengambil 2,500 kilokalori (kcal) sehari. Angka tersebut melebihi daripada jumlah disarankan iaitu 2,000 kcal sehari untuk lelaki dewasa dan 1,500 kcal untuk wanita dewasa.
Mengenali Malaysia sebagai syurga makanan , membuatkan rakyatnya sukar untuk menolak godaan sekali gus menjerumuskan masyarakat di negarasebagai antara yang menghadapi ancaman obesiti.

Secara umumnya pengambilan lebihan 500 kcal sehari boleh meningkatkan berat badan sebanyak setengah hingga sekilogram dalam seminggu atau dua hingga empat kilogram dalam sebulan. Apatah lagi jika ia tidak disusuli dengan senaman dan aktiviti kecergasan.

Memburukan lagi keadaan apabila kesedaran dan pengetahuan tentang jumlah kalori yang perlu diambil dalam kalangan masyarakat masih rendah.

Pakar pemakanan dan kecergasan menyatakan,tubuh seseorang memerlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil terlalu banyak dan tidak dibakar, akan ditukar menjadi lemak yang tersimpan dalam badan.

Keadaan ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Ramai orang tidak tahu jumlah keperluan kalori mereka sehari. Apa yang mereka tahu, menambah, mengurangkan atau mengekalkan berat badan tanpa mengetahui berapa jumlah sebenar keperluan kalori mereka.

Jika kita tidak tahu berapa keperluan kalori, sukar untuk kita melakar pelan diet yang benar-benar berkesan bagi tubuh badan kita.

Keperluan kalori seseorang bergantung kepada lima faktor utama seperti jantina, berat, tinggi, umur dan gaya hidup. Lima faktor itu juga dikenali sebagai Kadar Metabolik Aktif.
Setiap individu adalah unik dan keperluan kalori seharian adalah berbeza-beza. Jadi amat penting bagi seseorang mengenal pasti keperluan tersebut.

Jika tidak, dikhuatiri jumlah pengambilan boleh menjadi terlalu banyak atau terlalu sedikit.

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak untuk mengawal pengambilan kalori, dinasihatkan supaya menyimpan jurnal makanan bagi memudahkan mereka mengira berapa banyak kalori yang diambil.

Tulis dalam jurnal setiap apa yang kita makan. Secara tidak langsung ini dapat memupuk satu tabiat yang baik di mana kita akan sentiasa mengawal pemakanan harian kita.

Tiada jalan mudah untuk kurus. Apa yang penting, pastikan jumlah kalori yang diambil dan jumlah kalori yang dibakar.

Jika hendak mengurangkan 1 kg, seseorang individu perlu membakar kira-kira 7700 kcal. Ini bukan mudah.

Pengurangan berat badan adalah sesuatu yang mengambil masa, tetapi jika seseorang itu mempunyai keazaman yang tinggi dan sentiasa konsisten, ia bukan sesuatu yang mustahil.

Kira KALORI di sini: http://www.calculator.net/calorie-calculator.html

No comments:

Post a Comment